Monday, August 25, 2008



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Setiap sekolah ingin meletakkan dirinya sebagai sebuah organisasi yang cemerlang. Kecemerlangan sesebuah sekolah bergantung kepada keberkesanan pihak pengurusan sekolah, guru-guru yang komited dalam memastikan pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum berjalan dengan lancar, penglibatan pelajar dalam semua aktiviti serta penerapan nilai murni dalam diri mereka, hubungan baik antara ibu bapa dan pihak sekolah, serta iklim pembelajaran yang selesa, selamat dan kondusif.

Kecemerlangan tidak mungkin tercapai tanpa perancangan yang teliti serta pelaksanaan program yang relevan serta berterusan. Justeru itu KRK SMK Seri Gading telah menyusun satu organisasi pengurusan bagi menjayakan misi dan visi KRK SMK Seri Gading. Semua pihak yang terlibat dengan KRK memainkan peranan penting dalam mempastikan program yang disusun berjalan lancar dan berkesan.

Saya merasa bangga dengan pencapaian pelajar KRK SMK Seri Gading dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Saya berharap pelajar KRK sekolah ini akan berusaha dengan gigih untuk meningkatkan kecemerlangan KRK bersesuaian dengan motto KRK "Kesungguhan Raih Kegemilangan".



Terima kasih.


(HJH. HANIM BT. JANTAN)
Pengetua
SMK Sri Gading,
Batu Pahat, Johor.

KRK SMKSG

VISI

SMK Seri Gading, menjadi sekolah cemerlang
peringkat kebangsaan 2010.

MISI

* Meningkatkan kecemerlangan dalam bidang
Kurikulum, Kokurikulum dan Sahsiah pelajar
melalui pengurusan yang berkesan.

* Meningkatkan kesedaran terhadap alam sekitar
bagi mewujudkan suasana dan iklim sekolah yang
Selamat, Bersih dan Indah.

MATLAMAT

* Melahirkan modal insan yang berakhlak mulia, berilmu dan
berteknologi bagi memenuhi keperluan negara maju 2020.

* Menambahkan komitmen warga sekolah terhadap
tugas dan tanggungjawab.